Powered by Blogger.

Fokus dan minat!

Coklat4u Delight
Berniaga?
Tak dinafikan berniaga merupakan 9/10 dari punca rezeki.
Ini bukan bermakna bekerja makan gaji bukan merupakan punca rezeki. Tetapi bekerja makan gaji berpendapatan terhad. Pendapatan tambahan seperti OT dan elaun kemungkinan tidak dapat dinikmati setiap masa atau setiap orang.
Dengan berniaga,kita boleh menggunakan kreativiti untuk meningkatkan jualan.Bagi saya ia adalah sesuatu yang menarik dalam perniagaan. Setiap hari saya akan berfikir strategi pemasaran dan idea produk yang baru untuk meningkatkan jualan.

FOKUS dan MINAT

Tanpa elemen ini kita sukar untuk berjaya dalam bidang/perniagaan yang kita ceburi. Melakukan sesuatu dengan penuh minat dan fokus menjadikan kita tidak penat dan enjoy pada bidang yang kita lakukan.Lebih-lebih lagi apabila segala usaha kita membuahkan hasil. Tapi ini tidak bermakna kita berputus asa sekiranya usaha yang kita lakukan tidak membuahkan hasil.
Perniagaan yang dilakukan dengan penuh minat hasilnya amat berbeza.Lebih-lebih lagi apabila disertai dengan usaha & fokus berlipat kali ganda.

Tidak semestinya perkara yang berada di dalam senarai hobi boleh dijadikan perniagaan dan sebaliknya. Minat saya dulu adalah dalam bidang IT dan tidak pernah terfikir untuk terlibat dalam perniagaan berunsurkan makanan.

Saya lahir dari keluarga yang berniaga. Di kampung, mak dan ayah saya berniaga pelbagai jenis kuih terutamanya kuih Pau. Adik beradik saya juga cenderung dalam perniagaan, boleh dikatakan kesemuanya terlibat dalam perniagaan jenis makanan. Pada awalnya,saya langsung tidak menunjukkan minat dalam bidang perniagaan. Cuma ketika berada di MRSM (tingkatan 5),saya mula melakukan aktiviti perniagaan bersama room mate saya yang berbangsa Cina. Kami berkongsi menjual bateri Energizer. Memandangkan kami dibenarkan membawa walkman,dan bekalan bateri sukar didapati di asrama,jadi kami dapati itu adalah satu peluang yang baik kerana PERNIAGAAN UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH ORANG RAMAI--itu adalah yang terbaik. Dari situ saya rasa keseronokan berniaga.

Tetapi aktiviti perniagaan saya tidak berterusan sehingga menyambung pelajaran di universiti dan bekerja. Hingga satu ketika,di waktu saya bekerja sebagai seorang Programmer..saya diperkenalkan dengan sebuah forum--pada ketika itu rakan sekerja saya sedang mencari perfume untuk majlis perkahwinannya.Dia lah yang mendedahkan saya tentang aktiviti perniagaan di Internet.

Sebenarnya banyak lagi yang perlu kita pelajari untuk memajukan perniagaan.Jangan mencuba sesuatu ibarat melanggar tembok--carilah guru/mentor yang telah mempunyai formula yang berkesan.Tidak salah belajar dengan orang yang lebih muda,kerana saya sendiri telah belajar dengan pelajar-pelajar IPT yang begitu hebat dalam strategi pemasaran di Facebook.Mereka muda dalam umur,tapi tua dalam pengalaman.

0 comments:

Post a Comment