Powered by Blogger.

Bicara Pembuka Kata

Coklat4u Delight
Assalamualaikum,

Actually dah lama sangat nak blogging pasal sesuatu tentang Coklat4u Delight. Selain dari web & FB yg lebih rasmi penampilannya,saya rasa blog adalah platform yg sesuai untuk share sesuatu yang lain--seperti idea,informasi dan inspirasi.
Saya menceburkan diri dalam industri pembuatan coklat ini sejak tahun 2006,di mana pada waktu itu saya masih lagi bekerja makan gaji. Dengan kekangan waktu bekerja,saya hanya mampu mengambil tempahan pada musim perayaan. Pada waktu itu,saya hanya menjual praline chocolate yang diperbuat daripada Real Chocolate sahaja (Couverture). Usahawan handmade chocolate hanya ada beberapa orang sahaja pada waktu itu dan industri ini agak asing pada waktu itu. Tidak hairanlah,kali pertama kami menyertai pameran iaitu MAHA 2006,sambutan sangat memberangsangkan kerana pada waktu itu ramai tidak tahu yang coklat boleh dihasilkan oleh industri kecil & sederhana (IKS).
Terlibat dengan bidang pembuatan coklat merupakan sesuatu yang tidak pernah saya fikirkan. Dan sekiranya saya tidak ditakdirkan bertemu dengan seseorang yang bekerja di LKM (yang kini adalah suami saya) kemungkinan hingga sekarang saya tak mengambil tahu pasal industri ini (atau mungkin masih lagi bekerja makan gaji sampai sekarang).
Alhamdulillah,saya telah berhenti kerja dan menjalankan bisnes ini sepenuh masa sejak tahun 2009. Atas rasa bersalah kerana terpaksa mencampur adukkan urusan bisnes dan kerja,maka saya tekad untuk berhenti kerja atas dasar ingin mencari rezeki yang berkat. Saya yakin Allah akan memberkati usaha saya demi mencari rezeki yang halal & diberkati.
Yakin dengan janji Allah,walaupun pada mulanya agak ragu dengan hasil bisnes ini,saya terus memperbaiki sistem marketing selepas rasmi meletak jawatan.Alhamdulillah sejak bulan pertama saya berhenti kerja,tidak pernah ada 1 bulan pon saya berehat tanpa sebarang job. Dan jika difikirkan balik,sekiranya saya masih bekerja,saya mungkin agak kesempitan untuk menampung kos kehidupan yang makin tinggi. Allah kurniakan saya rezeki yang 5-6 kali ganda semasa saya bekerja sebagai programmer/pegawai IT. Sekiranya tiba waktu perayaan,pendapatan meningkat lagi sehingga 30 kali ganda.
Apa pon,kejayaan tidak datang bergolek atau secara kebetulan. Semuanya dengan istiqomah dan fokus. Saya masih belum menganggap diri saya berjaya kerana sering mencemburui usahawan berjaya yang lain. Saya masih banyak  misi untuk membantu diri,keluarga serta orang lain.

Semoga niat saya dipermudahkan dan diberkati!Amin!

0 comments:

Post a Comment