Powered by Blogger.

Senarai Produk Yang Terlibat Dalam Promosi Harga Kebaboom 2013

Coklat4u Delight
Item dari kategori Door gift yang tersenarai di atas akan mengalami potongan harga RM 0.74 - RM 2.80 bagi setiap unit. Walaupun begitu, tidak semua orang dapat menikmati harga ini,hanya untuk mereka yang mendaftar sahaja. So,jangan tunggu lagi,sila daftar walaupun majlis anda pada Dec 2013!

Promosi Harga Kebaboom Coklat4u Delight

Coklat4u Delight
Sempena kedatangan 2013,pihak Coklat4u Delight menawarkan harga yang AMAT ISTIMEWA (read:amat istimewa). Harga dijamin amat rendah yang tidak pernah ditawarkan sebelum ini.
Syaratnya hanya mendaftar di borang ini dan mengisi maklumat dengan lengkap.
Pendaftaran hanya dibuka sehingga 31 Disember sahaja.
Promosi akan diumumkan melalui SMS dan Emel pada 1 Jan 2013.
Kongsikan pada rakan anda yang akan melangsungkan majlis pada tahun depan!

Naik Turun Bisnes

Coklat4u Delight

Dalam bisnes tak semestinya graf sentiasa menaik. Every business has its ups & downs. Tapi apa yang penting bagaimana kita menggunakan masa dengan sebaiknya mengikut situasi.
Menurut mentor saya, Dr Azizan Osman,di waktu aktiviti perniagaan agak 'slow', di waktu itu kita perlu tumpukan perhatian pada aktiviti seperti mengumpul database pelanggan,memperbaiki sistem marketing atau mencari idea baru untuk perniagaan.
Menurut beliau lagi, database is a KING!
Jika kita perasan,kebanyakan syarikat menggunakan peraduan/cabutan bertuah untuk mengumpulkan database. Orang ramai diminta mengisi borang beserta no telefon atau emel ketika menyertai peraduan. Dengan data tersebut lah,mereka akan sentiasa berhubung dengan prospek dan seterusnya menjadi pelanggan mereka. Promosi akan dihantar melalui SMS atau emel. Mengikut kajian,approach yang berkesan adalah sekurang-kurangnya 6 kali. Ini bermakna,kita perlu mendekati prospek lebih dari 6 kali dengan apa jua cara,tapi ingat!gunakan cara yang betul.
Soft Selling adalah teknik yang paling sesuai. Soft Selling adalah teknik menjual secara tersembunyi. Jualan tidak dilakukan secara terang-terangan,tetapi dengan berkongsi informasi dan menjadikan kita sebagai seorang yang pakar dalam bidang tersebut. Contohnya seperti melakukan promosi di Facebook. Elakkan dari selalu mengiklankan produk secara terus,tetapi lebih kepada berkongsi informasi berkaitan perniagaan atau beberapa tips lain. Dengan cara itu,orang tidak merasa bosan sekiranya setiap hari Wall kita penuh dengan aktiviti perniagaan. Silap-silap haribulan,ramai pulak yang remove. Bukan kah itu satu kerugian? Teknik 'tagging' atau SPAM adalah satu kesilapan yang besar. Jangan mengundang rasa tidak senang orang kepada kita.

Jana Pendapatan 5 Angka Dengan Business ONLINE--Boleh ke?

Coklat4u Delight
Survey yang dibuat di page Coklat4u Delight tempohari.
Ramai yang respon dan majoriti adalah kaum wanita :).Tidak dinafikan kaum wanita mengorak maju ke depan sekarang.
Saya dah lama berniat untuk menghasilkan sesuatu untuk membantu para usahawan dan bakal usahawan khusunya peniaga ONLINE. Walaupun saya tidak dikira berjaya lagi,saya mahu berkongsi idea dan pengalaman bagaimana menjana jualan tidak kurang RM 10,000 sebulan hanya dengan bantuan Internet.

Seronok kan duduk di rumah sambil layan FB,tapi masih mampu mempunyai income sebegini.
Ini merupakan salah satu hasil selepas saya mempelajari pelbagai teknik bagaimana meningkatkan jualan (saya hanya guna sebahagian sahaja,kalau saya guna semuanya,bayangkan je la)
Sebenarnya terlalu banyak ingin dikongsikan tetapi kadangkala tak tau nak bermula dari mana.Maklumlah,segala nya ada dalam kepala ni,tapi dalam keadaan tak tersusun.
In sha Allah,saya akan menghasilkan satu EBook khusus untuk peniaga ONLINE dan saya akan pastikan segalanya berdasarkan pengalaman saya.Harganya amat berbaloi!

Gourmet & Cookies.

Coklat4u Delight
Dari Kiri - Splitter Truffle, Crunchy,Almond Square
Gourmet chocolate merupakan produk keluaran terawal kami,iaitu sejak tahun 2006. Pada waktu itu,hanya Splitter Truffle dan Crunchy dikeluarkan. Kedua-dua produk ini menggunakan Couverture Chocolate (Real Chocolate). Tidak hairanlah produk ini menjadi kegemaran dan mendapat sambutan yang hangat. Pada awalnya,kami hanya menggunakan Couverture Chocolate sebagai bahan asas produk kami. Pada tahun berikutnya,barulah kami menggunakan Milk Compound sebagai bahan asas-iaitu Almond Square. Walaubagaimana pun,dengan campuran bahan-bahan rahsia,Almond Square menjadi produk yang paling digemari pada tahun ia diperkenalkan.
Kebiasaannya,produk Gourmet ini mendapat sambutan pada musim perayaan. Walaubagaimana pun,produk ini tetap dikeluarkan pada hari-hari biasa. Setiap tahun,pada musim perayaan,permintaan untuk produk ini meningkat. Bagi tahun 2012,permintaan untuk produk Gourmet telah meningkat kepada 2000 pek (satu pek berharga RM 28.00).
Dari Kiri - Cereal Chocolate Chip,Almond Chocolate Chip,Original Chocolate Chip

Pada awal tahun 2012,pihak Coklat4u Delight menambah produk baru iaitu-Chocolate Chip Cookies Series. Alhamdulillah,permintaan sangat menggalakkan dan seterusnya dikekalkan dalam senarai produk. Ini kerana kami memastikan cookies yang dikeluarkan adalah berkualiti,sehingga ada yang ketagih..terutamanya produk Almond Chocolate Chip Cookies.

LEVERAGE

Coklat4u Delight LEVERAGE
Dalam perkataan mudah ialah menggunakan khidmat/kepakaran orang lain untuk membantu anda menjana keuntungan dalam perniagaan.

Bagaimana saya serapkan konsep ini dalam perniagaan.

  1. Melantik agen
    Dengan yuran pendaftaran RM 150.00 seumur hidup,agen berhak mendapatkan diskaun niaga bagi belian produk di Coklat4u Delight. Tiada minimum order diperlukan kecuali produk di dalam kategori Doorgift-50 unit.
    Diskaun niaga yang ditawarkan:
    DOOR GIFT - 10%
    GIFT PACK - 15%
    GOURMET - 20%
    COOKIES - 20% - 30%
    HAMPER - 15%

    Diskaun niaga yang ditawarkan merupakan komisen secara tak langsung kerana agen menjual pelanggan pada harga runcit. Malahan pihak Coklat4u Delight menawarkan penghantaran terus kepada pelanggan mereka; tugasan agen hanya membuat promosi sahaja.
  2. Melantik Mobile Stockist

    Dengan modal RM 5,000.00 sahaja, Mobile Stockist memiliki produk yang terdiri daripada Praline, Truffle Collection, Cookies, Chocolate Bar, Chocolate Egg yang bernilai lebih RM 8,900.00. Kiraan ini hanya untuk jualan secara loose. Selain dari itu,pihak Mobile Stockist juga mendapat kotak packaging untuk door gift dan gift pack. Dengan tambahan jualan dari Door Gift dan Gift Pack, pihak Mobile Stockist boleh mendapat pulangan lebih RM 10,000 untuk keseluruhan produk,menarik bukan?
    Apa kepentingan Mobile Stockist pada perniagaan kami?
    Mereka bertindak sebagai wakil yang mempunyai stok tersedia bagi memudahkan agen dan pelanggan di kawasan sekitarnya untuk mendapatkan stok. Ini bagi membantu pihak agen mengurangkan kos iaitu kos penghantaran kerana sebelum ini pihak agen perlu membayar kos penghantaran. Ini disebabkan sebelum ini,produksi kami hanya berpusat di Lembah Klang.
    Hasrat kami untuk membantu lebih ramai lagi untuk menjana pendapatan dengan bantuan yang disediakan seperti pengiklanan dan alat bantuan yang lain diharapkan dapat direalisasikan dengan program ini.
  3. Mengupah part-timer untuk kerja-kerja pembungkusan.
    Sebelum ini,pekerja Coklat4u Delight hanya menjalankan tugas pengeluaran produk sahaja dan produk loose dihantar ke Serdang untuk dipek oleh saya sendiri. Tidak dinafikan,pada ketika itu masa agak tidak terurus dan banyak perancangan terpaksa ditangguhkan. Dek kerana pada permulaannya saya ingin untung,tapi disebabkan masa yang terhad saya tidak dapat menggunakan lebih banyak masa untuk aktiviti pemasaran. Setelah mempelajari dan menimba pengalaman,bahawa 'one man show' selalunya lambat berjaya,maka saya putuskan untuk mengupah part-timer untuk menjalankan kesemua kerja pembungkusan yang diperlukan untuk produk Door gift dan Gift.Selain niat untuk memudahkan kerja,saya ingin membantu dan memberikan pendapatan tambahan pada orang lain juga. Alhamdulillah,Allah memberkati usaha saya,tempahan Door Gift melimpah ruah sejak saya lancarkan usaha ini. Jika difikirkan balik,saya mungkin tidak dapat melakukannya sendirian tanpa bantuan part-timer.

Fokus dan minat!

Coklat4u Delight
Berniaga?
Tak dinafikan berniaga merupakan 9/10 dari punca rezeki.
Ini bukan bermakna bekerja makan gaji bukan merupakan punca rezeki. Tetapi bekerja makan gaji berpendapatan terhad. Pendapatan tambahan seperti OT dan elaun kemungkinan tidak dapat dinikmati setiap masa atau setiap orang.
Dengan berniaga,kita boleh menggunakan kreativiti untuk meningkatkan jualan.Bagi saya ia adalah sesuatu yang menarik dalam perniagaan. Setiap hari saya akan berfikir strategi pemasaran dan idea produk yang baru untuk meningkatkan jualan.

FOKUS dan MINAT

Tanpa elemen ini kita sukar untuk berjaya dalam bidang/perniagaan yang kita ceburi. Melakukan sesuatu dengan penuh minat dan fokus menjadikan kita tidak penat dan enjoy pada bidang yang kita lakukan.Lebih-lebih lagi apabila segala usaha kita membuahkan hasil. Tapi ini tidak bermakna kita berputus asa sekiranya usaha yang kita lakukan tidak membuahkan hasil.
Perniagaan yang dilakukan dengan penuh minat hasilnya amat berbeza.Lebih-lebih lagi apabila disertai dengan usaha & fokus berlipat kali ganda.

Tidak semestinya perkara yang berada di dalam senarai hobi boleh dijadikan perniagaan dan sebaliknya. Minat saya dulu adalah dalam bidang IT dan tidak pernah terfikir untuk terlibat dalam perniagaan berunsurkan makanan.

Saya lahir dari keluarga yang berniaga. Di kampung, mak dan ayah saya berniaga pelbagai jenis kuih terutamanya kuih Pau. Adik beradik saya juga cenderung dalam perniagaan, boleh dikatakan kesemuanya terlibat dalam perniagaan jenis makanan. Pada awalnya,saya langsung tidak menunjukkan minat dalam bidang perniagaan. Cuma ketika berada di MRSM (tingkatan 5),saya mula melakukan aktiviti perniagaan bersama room mate saya yang berbangsa Cina. Kami berkongsi menjual bateri Energizer. Memandangkan kami dibenarkan membawa walkman,dan bekalan bateri sukar didapati di asrama,jadi kami dapati itu adalah satu peluang yang baik kerana PERNIAGAAN UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH ORANG RAMAI--itu adalah yang terbaik. Dari situ saya rasa keseronokan berniaga.

Tetapi aktiviti perniagaan saya tidak berterusan sehingga menyambung pelajaran di universiti dan bekerja. Hingga satu ketika,di waktu saya bekerja sebagai seorang Programmer..saya diperkenalkan dengan sebuah forum--pada ketika itu rakan sekerja saya sedang mencari perfume untuk majlis perkahwinannya.Dia lah yang mendedahkan saya tentang aktiviti perniagaan di Internet.

Sebenarnya banyak lagi yang perlu kita pelajari untuk memajukan perniagaan.Jangan mencuba sesuatu ibarat melanggar tembok--carilah guru/mentor yang telah mempunyai formula yang berkesan.Tidak salah belajar dengan orang yang lebih muda,kerana saya sendiri telah belajar dengan pelajar-pelajar IPT yang begitu hebat dalam strategi pemasaran di Facebook.Mereka muda dalam umur,tapi tua dalam pengalaman.

Perniagaan Online--Facebook Marketing Strategy

Coklat4u Delight Dunia sudah berubah.
Jika dahulu tidak ramai mempunyai access Internet,tapi sekarang ia boleh didapati di mana sahaja. Pelbagai lapisan umur dari kanak-kanak hingga orang tua boleh mengakses Internet. Sedangkan ayah saya yang dah berumur dan hanya duduk di kampung pun mempunyai akaun Facebook.
Marketing strategy pon sudah berubah.Jika dulu online marketing strategy hanya ditumpukan di web sahaja,tapi selepas kewujudan Facebook segalanya sudah berubah.
Pada mulanya,saya juga tidak mengambil peduli tentang aktiviti perniagaan di social media seperti Facebook. Sedangkan saya telah mula mewujudkan akaun Facebook untuk Coklat4u Delight sejak awal lagi. Saya tidak kisah berapa banyak LIKES untuk page tersebut memandangkan aktiviti perniagaan saya hanya tertumpu di website. Setelah banyak pendedahan yang saya baca tentang hebatnya pemasaran melalui Facebook,saya mula mempelajarinya.
Betapa pentingnya page perniagaan kita mempunyai bilangan LIKE yang tinggi. Lebih penting adalah mempunyai bilangan TALKED ABOUT THIS yang tinggi. Mempunyai LIKE yang banyak tidak menjamin sale yang banyak sekiranya kita tidak pandai menukarkan LIKE kepada SALE. Mencipta engagement dengan Likers adalah penting seperti komen,like,share pada setiap post di page.
Salah satu strategy mencipta post yang memerlukan interaksi dari pengguna..."LIKE sekiranya anda suka..". Atau post kan gambar yang menarik yang kebiasaannya akan di SHARE oleh pengguna.
Polisi Facebook terbaru--hanya 10% likers yang akan menerima post update dari page perniagaan kita. Maka adalah penting mencipta engagement,kerana kebarangkalian untuk setiap post update kita keluar di Wall mereka adalah tinggi (mereka merujuk kepada yang selalu berinteraksi--KOMEN/LIKE/SHARE).

Perniagaan Online--Blog & Web

Coklat4u Delight

Berniaga secara online bukan merupakan sesuatu yang baru di Malaysia. Ia telah muncul sejak awal tahun 2000 lagi. Sebahagian dari rakan saya telah memulakan perniagaan online sejak 2003. Pada waktu itu,kebanyakan perniagaan online dijalankan di forum dan blog.
Saya juga memulakan perniagaan secara online di forum pada tahun 2006. Pada waktu itu,tidak ramai peniaga online dan agak asing bagi rakyat Malaysia. Tidak ramai yang mempercayai sistem jual beli online. Di forum itu,kami telah membina satu komuniti dan sehingga kini hubungan antara peniaga dan pelanggan masih rapat. Dari situ saya belajar pelbagai teknik dan strategi dari rakan-rakan yang lebih berpengalaman.
Saya membina sendiri website iaitu http://www.coklat4u.com menggunakan platform Joomla. Dengan platform Joomla,pembinaan website adalah amat mudah memandangkan banyak component dan module percuma serta template yang menarik boleh di download di Internet.
Tujuan saya membina website adalah untuk meluaskan skop pasaran iaitu golongan korporat dan doorgift perkahwinan. Membina website hanyalah langkah pertama, langkah yang paling penting adalah mempromosikan website tersebut agar ia boleh diketahui umum. Saya mula mengiklan di web popular pada ketika itu seperti di forum CARI dan Virtualfriends.net. Ini untuk mewujudkan public awareness di samping meningkatkan ranking carian di Google.
Untuk mengiklan,kita perlu memperuntukkan budget,dan cuba elakkan ruang pengiklanan yang percuma. Kerana ruang iklan percuma selalunya tidak berkesan kerana terlalu banyak iklan di situ yang menyemakkan mata memandang. Be selective..ketika memilih medium pengiklanan anda.
Cara lain untuk mempercepatkan website kita mendapat ranking yang baik dalam carian Google ialah dengan menggunakan ADD URL yang disediakan oleh Google.
Perlu titikberatkan juga content di dalam blog/website. Perbanyakkan keyword yang berkaitan produk yang ingin dijual,contohnya sekiranya COKLAT,perbanyakkan keyword coklat dalam content website dan blog.

Praline Chocolate

Coklat4u Delight
Menurut Wikipedia
Praline can refer to confections made from nuts and sugar syrup, whether in whole pieces or a ground powder, or to any chocolate cookie containing the ground powder or nuts. Belgian pralines are different; they consist of a hard chocolate shell with a softer, sometimes liquid, filling. French pralines are a combination of almonds and caramelized sugar. American pralines from New Orleans also contain milk or cream and are therefore softer and creamier, resembling fudge.
Praline yang dihasilkan oleh Coklat4u Delight terdiri dari:
  • Milk Praline
  • White Praline
  • Dark Praline
  • Marble Milk
  • Marble White
Praline ini dipelbagaikan dalam pelbagai jenis packaging untuk dijadikan Doorgift mengikut bajet pelanggan. Dengan serendah RM 1.70,pelanggan boleh memiliki 2pcs Praline Chocolate di dalam plastik beserta stiker.
>>Rujuk di sini untuk mendapatkan senarai terkini Door Gift Coklat4u Delight.
 

Door gift-Personalized Chocolate Bar

Coklat4u Delight Secara am nya,produk utama Coklat4u Delight ialah dari jenis Door Gift. Produk door gift dikeluarkan setiap masa terutama sekali untuk perkahwinan. Walaubagaimana pun,tempahan kecil seperti majlis hari jadi juga kami tetap terima.
Secara peribadi,saya lebih suka menghasilkan produk Doorgift. Ini kerana,saya boleh meluaskan kreativiti dengan menghasilkan produk yang menarik. Bagi setiap keluaran doorgift yang baru,saya akan tekankan aspek practicality,simple,unique dan kos yang minimum.Sesuatu yang boleh diabadikan nama/tarikh/gambar merupakan trend masa sekarang dan produk Personalized Chocolate Bar merupakan produk paling popular bagi Coklat4u Delight.
Terdapat dalam 2 saiz iaitu 20g dan 40g. Kebiasaanya saiz lebih kecil sesuai untuk majlis kecil seperti Birthday Party. Manakala,saiz lebih besar untuk majlis perkahwinan atau corporate function.
Berikut merupakan perbezaan antara 2 saiz tersebut.
Bagi menambahkan kemudahan dan menjadikan doorgift ini lebih cute dan unique,saya juga memberikan pilihan kepada pelanggan tambahan Mini Personalized Paper Bag yang dapat memuatkan Chocolate Bar bersaiz 40g. Saya sentiasa fikirkan bagaimana orang akan membawa doorgift ini dan memudahkan pelanggan supaya tidak perlu memikirkan tentang bag/packaging yang lain.
Cute tak?HANDMADE Mini Paperbag!


Bicara Pembuka Kata

Coklat4u Delight
Assalamualaikum,

Actually dah lama sangat nak blogging pasal sesuatu tentang Coklat4u Delight. Selain dari web & FB yg lebih rasmi penampilannya,saya rasa blog adalah platform yg sesuai untuk share sesuatu yang lain--seperti idea,informasi dan inspirasi.
Saya menceburkan diri dalam industri pembuatan coklat ini sejak tahun 2006,di mana pada waktu itu saya masih lagi bekerja makan gaji. Dengan kekangan waktu bekerja,saya hanya mampu mengambil tempahan pada musim perayaan. Pada waktu itu,saya hanya menjual praline chocolate yang diperbuat daripada Real Chocolate sahaja (Couverture). Usahawan handmade chocolate hanya ada beberapa orang sahaja pada waktu itu dan industri ini agak asing pada waktu itu. Tidak hairanlah,kali pertama kami menyertai pameran iaitu MAHA 2006,sambutan sangat memberangsangkan kerana pada waktu itu ramai tidak tahu yang coklat boleh dihasilkan oleh industri kecil & sederhana (IKS).
Terlibat dengan bidang pembuatan coklat merupakan sesuatu yang tidak pernah saya fikirkan. Dan sekiranya saya tidak ditakdirkan bertemu dengan seseorang yang bekerja di LKM (yang kini adalah suami saya) kemungkinan hingga sekarang saya tak mengambil tahu pasal industri ini (atau mungkin masih lagi bekerja makan gaji sampai sekarang).
Alhamdulillah,saya telah berhenti kerja dan menjalankan bisnes ini sepenuh masa sejak tahun 2009. Atas rasa bersalah kerana terpaksa mencampur adukkan urusan bisnes dan kerja,maka saya tekad untuk berhenti kerja atas dasar ingin mencari rezeki yang berkat. Saya yakin Allah akan memberkati usaha saya demi mencari rezeki yang halal & diberkati.
Yakin dengan janji Allah,walaupun pada mulanya agak ragu dengan hasil bisnes ini,saya terus memperbaiki sistem marketing selepas rasmi meletak jawatan.Alhamdulillah sejak bulan pertama saya berhenti kerja,tidak pernah ada 1 bulan pon saya berehat tanpa sebarang job. Dan jika difikirkan balik,sekiranya saya masih bekerja,saya mungkin agak kesempitan untuk menampung kos kehidupan yang makin tinggi. Allah kurniakan saya rezeki yang 5-6 kali ganda semasa saya bekerja sebagai programmer/pegawai IT. Sekiranya tiba waktu perayaan,pendapatan meningkat lagi sehingga 30 kali ganda.
Apa pon,kejayaan tidak datang bergolek atau secara kebetulan. Semuanya dengan istiqomah dan fokus. Saya masih belum menganggap diri saya berjaya kerana sering mencemburui usahawan berjaya yang lain. Saya masih banyak  misi untuk membantu diri,keluarga serta orang lain.

Semoga niat saya dipermudahkan dan diberkati!Amin!