Powered by Blogger.

Sedikit Motivasi di Pagi Rabu.

Dah lama cuti. Mesti rasa lemau semacam.
Alhamdulillah, bermula pagi tadi dengan rasa yang tak sihat menyelubungi diri, lepas sediakan breakfast untuk Nazifa ke sekolah dan encik Suami ke office, aku baring kejap di sofa. Betul-betul tak larat sebelum nak 'berperang' dengan Syazwan pula untuk hantar ke tadika.


Pagi tadi, waktu aku berbaring dan rasa tak larat sangat, aku membaca Ya Qahhar sebanyak-banyaknya, mohon Allah berikan ku kekuatan & tenaga. Alhamdulillah, Allah perkenankan.

Terlaksana beberapa kerja di awal pagi.

  • hantar order sticker
  • design wrapper mini chocolate bar
  • bayar bil yang tertangguh.
Jam 11.15am dah get ready nak ambil Nazifa balik dari sekolah agama pulak. Tapi lunch tak ready lagi.

Ok sebelum sign-off, nak share sedikit ilmu dari Dr Azizan Osman.

Perkara asas utama untuk menjadi Jutawan Dunia & Akhirat. 
1. Bangun awal pagi seawal 4 pagi dan paling lambat 5 pagi (Sebab itu penting untuk tidur awal 9   malam selewat-lewatnya 10 malam)
2. Mandi kerana ia menyihatkan tubuh (Ini juga sunnah Nabi saw)
3. Solat taubat, tahajud, hajat dan istikharah (Ini rutin setiap awal pagi) / Solat tasbih 4 rakaat (Perlu bangun awal lakukan ini, sekurang-kurangnya 4 pagi) / Solat Witir (Dan ini perlu selesai 10-15 minit sebelum azan suboh)
4. Baca beberapa surah atau juz' Al-Quran atau amalan wirid-wirid yang baik sementara menunggu suboh
5. Berjemaah di masjid atau berjemaah bersama keluarga
6. Pastikan solat fajr 2 rakaat sebelum qamat untuk solat fardu suboh, ia adalah 2 rakaat solat sunat yang lebih berat timbangan amalannya dari dunia dan isinya (hadis)
7. Selepas solat membaca Al-Quran atau wirid-wirid tertentu sementara menunggu matahari naik untuk solat sunat Isyra' bila matahari naik.
8. Minum pagi / sarapan
9. Exercise untuk 30-60 minit (Mendengar bahan audio yang bagus ketika exercise)
10. Solat dhuha (Selepas exercise dan mandi)

Sore throat. Makan pecal.

Jangan salah faham.
Makan pecal bukan penawar untuk rasa sakit tekak.
Tapi penawar rasa teringin.
Sejak makan kenduri di rumah makcik Rohaya kat kampung, rasa teringin pulak nak makan pecal. Nasib baik buat senang.

Bahan-bahan Pecal
Sayur kangkung
Pucuk ubi
Daun bebuas (mak ambik belakang rumah, dia kata sedap kalau dicampurkan)
Timun
Kacang Panjang
Tempe
Taugeh
Bihun
Kuah instant hanya bancuh dengan air panas.

Aku rasa pecal ni sesuai juga untuk yang berdiet sebab banyak sayuran di situ.
Alhamdulillah terubat juga rasa teringin.
Sekarang ni tengah dalam perjalanan kembali ke Serdang setelah 4 hari cuti di kampung.
Gambar ni encik suami yang ambil sebab aku ni malas nak ambil gambar..nak cepat ngap je.

Fenomena Cuaca Sejuk.

Seperti tahun lepas, Malaysia dilanda musim sejuk lagi. Aku memang ingat sangat saat-saat ini. Di waktu musim sejuk ini, bapa mertua aku meninggal dunia. Dah genap setahun.

Aku pun dah mula rasa sakit tekak, selesema yang tak hilang-hilang. Tak selesa rasanya. Lepas hilang rasa mual, sakit tekak dan selesema pulak. Makan pulak tak boleh banyak, cepat rasa kenyang. Bagus jugak kan, boleh la kurangkan kedatangan lemak dalam badan aku ini.

Pakar Geografi dan Kajian Iklim Bandar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Shaharuddin Ahmad berkata, fenomena itu bakal melanda negara ini disebabkan dunia berdepan dengan perubahan cuaca secara menyeluruh.
“Ketika ini cuaca sejuk melampau berlaku di Siberia, Rusia. Tiupan udara bertekanan udara tinggi dari Siberia itu bergerak ke China dan akan membawa cuaca sejuk memasuki Laut China Selatan sebelum bergerak ke negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia sepanjang musim Monsun Timur Laut.
“Justeru, adalah tidak mustahil fenomena cuaca sejuk ini bakal melanda negara sekali lagi dalam jangka waktu tertentu sebelum musim monsun itu berakhir pada Mac nanti,” ujar Shaharuddin ketika dihubungi Kosmo! bagi mengulas mengenai fenomena cuaca sejuk yang bakal melanda Malaysia.

Selepas fenomena cuaca sejuk ini, Malaysia mungkin berdepan dengan isu kemarau macam tahun lepas juga. Merasa la air dicatu 2 hari sekali. Alhamdulillah tangki simpanan air di rumah memang cukup 2 hari bagi kami 4 orang anak beranak. Kalau lebih dari itu, mungkin terpaksa mencari air di luar. Tong yang dibeli tahun lepas masih ada, Sekarang dah berisi macam-macam barang macam stor. Harap-harap tak perlu digunakan tahun ini, dan tiada lagi krisis air macam tahun lepas.

Alhamdulillah sebelum ini aku ada jumpa penawar baru untuk sakit tekak iaitu Marshmallow.
Petua untuk hilangkan sakit tekak ini hanya makan 3-4 biji Marshmallow. Tapi aku rasa bukan untuk kelegaan jangkapanjang, sebab semalam selepas aku makan 4 biji Marshmallow memang rasa lega. Tapi hari ini sakit tekak datang balik. Apa taknya air sejuk aku bedal hehehe...


Kandungan gelatin di dalam Marshmallow membantu melegakan sakit tekak. 

Waktu artikel ini ditaip aku dah makan sebiji Marshmallow. Alhamdulillah berkurangan sedikit.

Tak sangka ada juga khasiat Marshmallow ni.

Sebelum ini aku hanya gunakan dalam pembuatan coklat seperti Marshmallow bersalut coklat. Dan sebenarnya aku tak gemar sangat memakannya, sebab rasa yang kenyal dan membuatkan saluran tekak aku penuh.


Mentor Legend 2015

Jarang-jarang sebenarnya dapat menonton rancangan macam ni. Bukan sebab apa..sebab asyik berebut channel dengan Wawan. Maka pasrah je la tonton Ceria sampai ke malam.

Malam ini dapat saksikan persembahan Mentor Legend 2015 dari protege Dayang Nurfaizah, Ella dan Abidin.

Pada saya semua persembahan protege sangat hebat. Sampai susah nak buat pemilihan yang mana paling bagus. Macam juri Azmeer cakap.

Tapi antara ketiga-tiga ni saya gemarkan suara Azmil (protege Dayang). Suara yg sangat power husky & tak terlalu seksa nak menarik utk note tinggi.

Tapi, kebiasaannya peserta-perserta yang hebat ni kadang-kadang hilang begitu sahaja dan dilupakan. Hanya beberapa orang sahaja yang survive.

Kenapa ya?

Ntahla.

Mungkin dah terlalu ramai dan banyak pertandingan seperti ini.

Semangat Februari 2015. Caiyok!

Hari ni 1 Feb 2015.

Hari pertama bulan kedua di tahun 2015.

Cepatnya masa berlalu!

Aku rasa aku belum mulakan apa-apa dalam bulan ni..

Alhamdulillah, hari ini aku berada di kampung, desa aku yang tercinta di Desa Maju Sungai Tengi.

Dah hampir sebulan lebih aku tak balik kampung walaupun sebenarnya tak la jauh sangat. So perasaan bila dah lama tak balik rasa lain sangat. Lagi-lagi musim panas ni, dapat mandi dari air tempayan, perghhh segar, bestnya!

Balik ke kampung aku memanfaatkan masa sepenuhnya untuk recharge energy, yang sejak kebelakangan ni makin merudum. Di tambah lagi dengan keadaan semasa sekarang, sedang mengandung 8 minggu, dengan kesihatan yang on & off.

Kadang-kadang rasa nak berehat dari dunia perniagaan sepenuhnya. Tak nak buat doorgift dan juga terlibat dengan coklat. Sebab aku ingin rehat dan buat sesuatu yang hanya aku boleh lakukan di rumah.

Tapi, balik ke kampung aku dapat suntikan semangat dari Abah. Malam tadi seperti biasa, aku berbual dari hati ke hati..dan aku mesti teruskan walau apa jua keadaan kesihatan aku. Mesti mantain. Alhamdulillah, aku rasa macam dah pulih dari fasa loya & mual, cuma tenaga agak kurang sikit.

Bulan ni kami menerima sejumlah 11800 pcs Chocolate Bar setakat hari ini untuk bulan Februari.

1500pcs untuk kenduri perkahwinan pada 15 Feb.

7000pcs untuk projek OEM.

2300pcs untuk majlis perkahwinan hujung bulan ini.

Tak sangka dalam semangat aku naik dan turun Allah masih kurniakan rezeki ini.

Aku tau aku tak patut berhenti.

I wont give up.

Aku punyai tanggungjawab yang besar. Baik untuk keluarga kecil aku mahupun keluarga besar aku di kampung. Kata Abah, aku mempunyai beberapa kelebihan yang tidak ada pada adik beradik yang lain. Dan tanggungjawab aku agak besar walaupun aku hanyalah anak ke-4. Aku redha, dan terima.. kerana Allah berikan kelebihan itu bukan untuk aku seorang, tapi untuk manfaat bersama.

Jadi, apa yang aku bercadang untuk lakukan bermula bulan Feb ini ( bulan kegemaran aku) ialah aktifkan semula blog ini. Aku tau banyak perkongsian dan cerita dari ke hati aku boleh tulis, walaupun aku bukanlah peniaga hebat mana.

Kemudian tingkatkan semula kedudukan website www.coklat4u.com di kedudukan teratas untuk keyword doorgift di Google.

Dan mula merancang sesuatu untuk bergerak aktif dengan pemasaran Instagram.





Wow!Terkejut Beruk!

Terkejut beruk!
Saya pon terkejut beruk bila diorang print screen testimonial saya dalam FB group khas untuk pelanggan teknik FBO.Hehehehe...
Betul ke tak benda ni?
BETUL!Tapi perlu saya ingatkan,iklan sahaja tidak menjamin sales kalau kita takde strategi untuk close sale.Itulah pentingnya ilmu dan terus mencari ilmu dan jangan lokek bermodal untuk mencari ilmu.Sebelum ni,saya belanjakan ratusan USD untuk iklan.Sekarang ni hanya puluhan USD dan kesannya amat memberangsangkan!

Selamat Datang Harapan.



Dah lama rasanya tak update blog ni.
Rasanya tak terlambat lagi nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2013, almaklumlah baru je masuk hari ke-9 (Baru masuk atau dah masuk hari ke-9 tanpa kita sedari).
Banyak sangat yang dilakukan yang menyebabkan blog ni terbiar sepi seketika.
Pelbagai perancangan yang dilakukan khusus untuk bisnes ini.
1) Meningkatkan aktiviti pemasaran dengan belajar lebih banyak tentang FB Ads yang berkesan dan kos yang mejimatkan.
2) Memperbaiki penampilan website yang nampaknya masih belum berjaya. Terkini saya menggunakan tool CubeCart,tapi nampaknya agak kurang menarik dan bukan SEO friendly. Website www.coklat4u.com masih struggle untuk muncul di Top Ranking. Kadang-kadang terjatuh,kadang-kadang ada. Saya bercadang untuk menggunakan platform Joomla 2.5 semula,seperti yang dah digunakan dulu (dulu guna 1.5). Tapi terasa banyak pulak perubahannya,sampai pening kepala.
3) Telah mengumpulkan senarai nama prospek yang bakal mengadakan majlis pada tahun 2013. Merancang follow-up dan promosi menarik.
4) Menyiapkan order yang seperti anda boleh lihat di Instagram.
  • 1100 pcs Personalized Chocolate Bar
  • 700 pcs Personalized Chocolate with Ribbon
  • 700 pcs Personalized Chocolate Bar with Ribbon + 100 sets Pakej Combo
  • 200 units Petit Two
5) Menerima order untuk bulan berikutnya seperti 1300 pcs Personalized Chocolate Bar dan 2500 sets Cookies in Favour Box.