Powered by Blogger.

Fenomena Cuaca Sejuk.

Seperti tahun lepas, Malaysia dilanda musim sejuk lagi. Aku memang ingat sangat saat-saat ini. Di waktu musim sejuk ini, bapa mertua aku meninggal dunia. Dah genap setahun.

Aku pun dah mula rasa sakit tekak, selesema yang tak hilang-hilang. Tak selesa rasanya. Lepas hilang rasa mual, sakit tekak dan selesema pulak. Makan pulak tak boleh banyak, cepat rasa kenyang. Bagus jugak kan, boleh la kurangkan kedatangan lemak dalam badan aku ini.

Pakar Geografi dan Kajian Iklim Bandar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Shaharuddin Ahmad berkata, fenomena itu bakal melanda negara ini disebabkan dunia berdepan dengan perubahan cuaca secara menyeluruh.
“Ketika ini cuaca sejuk melampau berlaku di Siberia, Rusia. Tiupan udara bertekanan udara tinggi dari Siberia itu bergerak ke China dan akan membawa cuaca sejuk memasuki Laut China Selatan sebelum bergerak ke negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia sepanjang musim Monsun Timur Laut.
“Justeru, adalah tidak mustahil fenomena cuaca sejuk ini bakal melanda negara sekali lagi dalam jangka waktu tertentu sebelum musim monsun itu berakhir pada Mac nanti,” ujar Shaharuddin ketika dihubungi Kosmo! bagi mengulas mengenai fenomena cuaca sejuk yang bakal melanda Malaysia.

Selepas fenomena cuaca sejuk ini, Malaysia mungkin berdepan dengan isu kemarau macam tahun lepas juga. Merasa la air dicatu 2 hari sekali. Alhamdulillah tangki simpanan air di rumah memang cukup 2 hari bagi kami 4 orang anak beranak. Kalau lebih dari itu, mungkin terpaksa mencari air di luar. Tong yang dibeli tahun lepas masih ada, Sekarang dah berisi macam-macam barang macam stor. Harap-harap tak perlu digunakan tahun ini, dan tiada lagi krisis air macam tahun lepas.

Alhamdulillah sebelum ini aku ada jumpa penawar baru untuk sakit tekak iaitu Marshmallow.
Petua untuk hilangkan sakit tekak ini hanya makan 3-4 biji Marshmallow. Tapi aku rasa bukan untuk kelegaan jangkapanjang, sebab semalam selepas aku makan 4 biji Marshmallow memang rasa lega. Tapi hari ini sakit tekak datang balik. Apa taknya air sejuk aku bedal hehehe...


Kandungan gelatin di dalam Marshmallow membantu melegakan sakit tekak. 

Waktu artikel ini ditaip aku dah makan sebiji Marshmallow. Alhamdulillah berkurangan sedikit.

Tak sangka ada juga khasiat Marshmallow ni.

Sebelum ini aku hanya gunakan dalam pembuatan coklat seperti Marshmallow bersalut coklat. Dan sebenarnya aku tak gemar sangat memakannya, sebab rasa yang kenyal dan membuatkan saluran tekak aku penuh.


0 comments:

Post a Comment