Powered by Blogger.

Semangat Februari 2015. Caiyok!

Hari ni 1 Feb 2015.

Hari pertama bulan kedua di tahun 2015.

Cepatnya masa berlalu!

Aku rasa aku belum mulakan apa-apa dalam bulan ni..

Alhamdulillah, hari ini aku berada di kampung, desa aku yang tercinta di Desa Maju Sungai Tengi.

Dah hampir sebulan lebih aku tak balik kampung walaupun sebenarnya tak la jauh sangat. So perasaan bila dah lama tak balik rasa lain sangat. Lagi-lagi musim panas ni, dapat mandi dari air tempayan, perghhh segar, bestnya!

Balik ke kampung aku memanfaatkan masa sepenuhnya untuk recharge energy, yang sejak kebelakangan ni makin merudum. Di tambah lagi dengan keadaan semasa sekarang, sedang mengandung 8 minggu, dengan kesihatan yang on & off.

Kadang-kadang rasa nak berehat dari dunia perniagaan sepenuhnya. Tak nak buat doorgift dan juga terlibat dengan coklat. Sebab aku ingin rehat dan buat sesuatu yang hanya aku boleh lakukan di rumah.

Tapi, balik ke kampung aku dapat suntikan semangat dari Abah. Malam tadi seperti biasa, aku berbual dari hati ke hati..dan aku mesti teruskan walau apa jua keadaan kesihatan aku. Mesti mantain. Alhamdulillah, aku rasa macam dah pulih dari fasa loya & mual, cuma tenaga agak kurang sikit.

Bulan ni kami menerima sejumlah 11800 pcs Chocolate Bar setakat hari ini untuk bulan Februari.

1500pcs untuk kenduri perkahwinan pada 15 Feb.

7000pcs untuk projek OEM.

2300pcs untuk majlis perkahwinan hujung bulan ini.

Tak sangka dalam semangat aku naik dan turun Allah masih kurniakan rezeki ini.

Aku tau aku tak patut berhenti.

I wont give up.

Aku punyai tanggungjawab yang besar. Baik untuk keluarga kecil aku mahupun keluarga besar aku di kampung. Kata Abah, aku mempunyai beberapa kelebihan yang tidak ada pada adik beradik yang lain. Dan tanggungjawab aku agak besar walaupun aku hanyalah anak ke-4. Aku redha, dan terima.. kerana Allah berikan kelebihan itu bukan untuk aku seorang, tapi untuk manfaat bersama.

Jadi, apa yang aku bercadang untuk lakukan bermula bulan Feb ini ( bulan kegemaran aku) ialah aktifkan semula blog ini. Aku tau banyak perkongsian dan cerita dari ke hati aku boleh tulis, walaupun aku bukanlah peniaga hebat mana.

Kemudian tingkatkan semula kedudukan website www.coklat4u.com di kedudukan teratas untuk keyword doorgift di Google.

Dan mula merancang sesuatu untuk bergerak aktif dengan pemasaran Instagram.





0 comments:

Post a Comment